FRANCIS
BACON
Terdapat ramai ahli falsafah yang terkenal selain
dari, Plato, Aristotle, Phytagoras dan lain-lain. Kajian ini memfokuskan
tentang tokoh falsafah yang bernama Francis Bacon (1561-1626). Beliau
adalah salah seorang tokoh utama dalam falsafah semula jadi dan juga dalam
bidang metodologi saintifik dalam tempoh peralihan dari Renaissance (zaman
kegelapan) ke era moden awal. Sebagai seorang peguam, Ahli Parlimen, dan
Penasihat Permaisuri (Queen Elizabeth). Bacon menulis mengenai soal
undang-undang, negara dan agama, serta mengenai politik kontemporari. Tetapi,
dalam masa yang sama dia juga menerbitkan teks di mana beliau membuat konsep
mengenai spekulasi dalam masyarakat, dan beliau memikirkan persoalan berkenaan tatasusila
(Essays) walaupun dalam kerja-kerja beliau mengenai falsafah asli (The
Advancement of Learning).
Francis Bacon merupakan seorang saintis dan ahli falsafah moden yang
berketurunan Perancis. Beliau dilahirkan di York House, London pada 1561 M dan meninggal dunia pada 9
April 1626 M. Beliau mendapat pendidikan di Trinity College, Cambridge (Kenny
1998 : 185). Nama bapa beliau ialah Sir
Nicolas Bacon iaitu seorang
Penjaga Cap Mohor (Lord Keeper of the Seals) dan ibunya bernama Lady Anne Cooke (Adler
1990 : 1)
Karya
termasyhur Bacon ialah bertajuk Novum Organum yang telah diterbitkan
pada 1620 M ( Hutchins 1952 : ii ). Buku tersebut menerangkan tentang metod
saintifik yang telah dikemukakan oleh saintis sebelumnya. Beliau telah menukar
metod percubaan kepada sistem percubaan iaitu metod pemerhatian, penelitian,
kajian, percubaan, dan keputusan ( Abd Latif 2009 : 315 ). Hal ini kerana
beliau melihat teori saintifik pada zamannya itu perlu dilakukan
penambahbaikkan ( Bacon 1993 : xii ). Karya-karya agung beliau yang lain juga
bertajuk The New Atlantis, Essay The Great Instauration dan The
Advancement of Learning.
Bacon mengemukakan empat bentuk halangan minda ( idola mentis )
yang menyebabkan seseorang tidak dapat menghasilkan suatu bentuk kesimpulan
atau pemikiran falsafah yang baik. Pertama Idols of the Tribe iaitu
sikap yang terlalu taksub terhadap pandangan kumpulan atau organisasi. Kedua Idols
of Cave iaitu disebabkan seseorang itu berfikiran sempit dan akan menilai
sesuatu berdasarkan tahap pendidikan dan persekitarannya sahaja. Ketiga Idols
of Market-place iaitu yang disebabkan oleh perkataan atau frasa yang
digunakan seharian sedangkan ia menghalang kepada pemahaman yang sebenar
contohnya lafaz yang terlalu umum. Keempat ialah Idols of Theatre iaitu
kelemahan teori atau hipotesis yang dibuat tetapi diterima secara membabi buta
( Ahmad Sunawari 2006 : 41 ).
Kesimpulannya, Francis Bacon merupakan seorang ahli falsafah yang
berusaha mengubah konsep pemikiran masyarakat supaya lebih berfikir secara
ilmiah dan membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu
pandangan atau teori. Maka disebabkan sikapnya itu metodnya digunakan sehingga
kini. Namun menurut Stumpf ( 2011 : 194 ) kelemahan terbesar Bacon ialah beliau
tidak berpegang pada hipotesis dan beralasan bahawa melalui bukti atau fakta
yang kukuh akan menyebabkan hipotesis itu akan terhasil dengan sendirinya.
Kronologi hidup dan penulisan Francis Bacon
Lahir di York House
|
22 Januari 1561
|
Mendaftar di Trinity College, Cambridge
|
April 1573
|
Bekerja sebagai
penasihat peguam di Gray’s Inn
|
27 Jun 1575
|
Menyertai rombongan Sir Amias Paulet ke Paris
|
25 September 1576
|
Kembali ke England
|
20 Mac 1578-9
|
Bekerja sebagai
peguam cara di Gray’s Inn
|
27 Jun 1582
|
Esei mengenai
penubuhan falsafah yang pertama, yang dipanggil bahagian terbesar(Temporis
partus maximus)
|
1583
|
Memulakan kehidupan
umum dan memegang jawatan sebagai ahli Melcombe di Dorsetshire
|
23 November 1584
|
Menjadi seorang
pegawai majistret di Gray’s Inn
|
1586
|
Mengenali seorang
yang bernama Essex
|
1591
|
Essays edisi pertama diterbitkan
|
1597
|
Dakwaan Essex
|
Februari 1600-1
|
Kematian Queen Elizabeth dan pertabalan Putera James I
|
24 Mac 1602-3
|
Penerbitan The Advancement of Learning
|
Oktober 1605
|
Plot gunpowder
|
5 November 1605
|
Berkahwin dengan Alice Barnham
|
10 May 1606
|
Dilantik menjadi
peguam cara negara
|
25 Jun 1607
|
Komposisi berkenaan Cogitata et Visa
|
Musim panas 1607
|
Komposisi berkenaan Novum Organum bermula
|
1608
|
Pengaplikasian
penubuhan besar(Instauratio Magna) (berkemungkinan bukti sistem(Redargutio
Philosophiarum)) dihantar ke Toby Matthew
|
10 Oktober 1609
|
Penerbitan De Sapientia Veterum
|
Akhir 1609
|
Penerbitan buku
Essays edisi ke dua
|
12 Oktober 1612
|
Dilantik menjadi
Peguam Negara
|
28 Oktober 1613
|
Kembali menjadi ahli University Cambridge
|
2 April 1614
|
Kes Peacham’s
|
1614-15
|
Mengakui Majlis
Privy
|
9 Jun 1616
|
Dilantik menjadi Lord Keeper
|
7 Mac 1616-17
|
Dilantik menjadi Lord Chancellor
|
4 Januari 1617-18
|
Mencipta Baron Verulam
|
12 Julai 1618
|
Pelaksanaan Raleigh
|
29 Oktober 1618
|
Penerbitan Novum Organum
|
12 Oktober 1620
|
Vuscount St. Albans dicipta
|
27 Januari 1620-21
|
Mesyuarat Parlimen
|
30 Januari 1620-21
|
Hukuman House of Lords
|
3 Mei 1621
|
Menarik diri
daripada Gorhambury
|
23 Jun 1621
|
Pengampunan terhad
dimeterai oleh raja
|
November 1621
|
Penerbitan The History of Henry VII
|
Akhir Mac 1622
|
Penerbitan ansuran
bulanan yang pertama berkenaan Natural dan Experimental
History-Historia Ventorum
|
November 1622
|
Penerbitan ansuran
lain-Historia Vitae et Mortis
|
Januari 1622-3
|
Penerbitan De Augmentis
|
Oktober 1623
|
Kematian Raja James
I
|
27 Mac 1625
|
Penerbitan Essays edisi ke tiga,
disebar luas
|
1625
|
Bacon meninggal
dunia
|
9 April
(paska ahad) 1626
|
Perkembangan penulisan Bacon setelah kematiannya
|
|
Penerbitan Sylva Sylvarnum and New Atlantis, oleh Rawley
|
1627
|
Penerbitan Certaine Miscellany Works, oleh Rawley
|
1629
|
Penerbitan Opera Moralia et Civilia oleh Rawley
|
1638
|
Penerbitan Remains
|
1648
|
Penerbitan Isaac Gruter’s Collection
|
1653
|
Penerbitan Resuscitatio, oleh Rawley
|
1657
|
Penerbitan Opuscula varia posthuma, oleh Rawley
|
1658
|
Penerbitan Resuscitatio edisi ke dua, mengandungi perkara baru
|
1661
|
Penerbitan Resuscitatio edisi ke tiga selepas kematian Rawley
|
1671
|
Penerbitan Baconiana oleh Tenison
|
1679
|
Penerbitan Letters dan Remains, oleh Stephens
|
1702
|
Penerbitan Letters dan Remains (koleksi kedua)
|
1734
|
Penerbitan Letters, Speeches oleh Birch
|
1763-4
|
Tv - Titanium Price Per ounce - Etiquon - Titanium Goods
BalasPadamTv. - The oakley titanium glasses world nano titanium of Tv - Titanium Products. Product Description. Tv-Ti-Ti-Tetitanium-Graphite - Titanium Goods is a graphite-based graphite made in the USA with graphite Material: Copper, is titanium expensive Silver, CopperCoItem Weight: 0.10 poundsDimensions: 2.75" H mens titanium wedding rings x 4.25" W titanium tv x 0.625" D